Kejohanan Karom Tertutup PERDA

Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive
 
18 Julai 2026    |    Butterworth
 
Biro Sukan dan Rekreasi, Kelab Sukan dan Kebajikan Kakitangan PERDA (KSKKP) telah menganjurkan Kejohanan Karom Tertutup PERDA yang berlangsung di Ibu Pejabat PERDA pada hari ini.

Majlis telah disempurnakan oleh Pengurus Besar PERDA, Dato’ Mohd Asri bin Baharum, dan turut dihadiri oleh Yang Dipertua KSKKP, Encik Normuslim bin Saad. Kejohanan ini mendapat sambutan yang amat menggalakkan dengan penyertaan hampir 40 orang warga kerja PERDA.

Penganjuran kejohanan ini bukan sahaja menjadi platform untuk mengeratkan hubungan silaturahim dan menyemarakkan semangat kesukanan, malah turut memupuk nilai kerjasama berpasukan serta membudayakan amalan gaya hidup sihat dalam kalangan warga PERDA.

Tahniah diucapkan kepada semua peserta atas semangat kesukanan dan komitmen yang ditunjukkan sepanjang kejohanan berlangsung. Setinggi-tinggi penghargaan juga dirakamkan kepada semua pihak yang telah memberikan kerjasama dan komitmen dalam menjayakan program ini.
 
GALERI GAMBAR

AKTIVITI 2026

Penafian : PERDA tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kehilangan data atau kerugian yang berlaku disebabkan penggunaan laman web ini.

Hak Cipta Terpelihara © PERDA 2026 / Paparan terbaik menggunakan pelayar internet Mozilla Firefox, Chrome dan Internet Explorer 11 ke atas.