24 September 2026 | Kuala Lumpur
Pameran Halal Antarabangsa Malaysia (MIHAS) ke-22 bertempat di Malaysia International Trade and Exhibition Centre (MITEC), Kuala Lumpur terus menjadi pentas perdagangan halal terbesar di dunia. Acara anjuran Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) serta dikendalikan oleh MATRADE ini menghimpunkan ribuan syarikat serta pempamer dari pelbagai pelosok antarabangsa.
Pengurus Besar Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (PERDA), YBhg. Dato' Haji Mohd Asri bin Baharum, hari ini meluangkan masa mengadakan lawatan rasmi ke pameran tersebut.
Beliau turut mengunjungi Pavilion Majlis Pembangunan Bumiputera Pulau Pinang (MPBPP) bagi meninjau perkembangan serta memberikan sokongan moral secara terus kepada usahawan-usahawan Bumiputera Pulau Pinang yang menyertai pameran berprestij berkenaan.
Lawatan ini menjadi platform penting untuk PERDA melihat dengan lebih dekat perkembangan pasaran ekosistem halal global serta meneroka jaringan perniagaan strategik.
PERDA kekal bertekad untuk memacu daya saing usahawan luar bandar agar produk tempatan mampu bersaing dan menembusi pasaran pasaran industri halal global secara mampan.
PERDA – Merealisasikan Harapan Rakyat.
GALERI GAMBAR


Soalan Lazim
Aduan & Maklumbalas




