PERDA Terima Sijil Pengiktirafan Unggul SPINE: Kukuhkan Budaya Integriti Dan Tadbir Urus Cemerlang

Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive
 
14 Julai 2026    |     Kuala Lumpur

Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (PERDA) melakar satu pencapaian membanggakan apabila menerima Sijil Pengiktirafan Unggul Sistem Pengurusan Integriti dan Governans (SPINE) bertempat di Institut Integriti Malaysia (IIM). Penganugerahan ini diberikan sebagai pengiktirafan tertinggi terhadap pencapaian cemerlang agensi dalam memperkukuh budaya integriti, memartabatkan tadbir urus yang baik, serta memperkasa usaha pencegahan rasuah dalam organisasi secara berterusan.

Sijil pengiktirafan berprestij tersebut telah disampaikan oleh Ketua Setiausaha Negara merangkap Pengerusi IIM, YBhg. Tan Sri Shamsul Azri bin Abu Bakar dan diterima oleh Pengurus Besar PERDA, YBhg. Dato' Haji Mohd Asri bin Baharum. Majlis bersejarah ini turut disaksikan dan dihadiri oleh Ketua Unit Integriti PERDA, Puan Jazraini binti Jaapar.

Sebagai sebuah badan berkanun persekutuan di bawah Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW), PERDA sentiasa meletakkan komitmen yang tinggi dalam menyokong serta melaksanakan agenda integriti negara. Langkah ini diterjemahkan melalui pengukuhan sistem pengurusan, pematuhan menyeluruh terhadap prinsip tadbir urus yang baik, serta pembudayaan nilai-nilai murni dalam kalangan warga kerja yang kini terbukti membuahkan hasil melalui pengiktirafan SPINE ini.

Kejayaan meraih penarafan unggul ini akan menjadi pemangkin serta penyuntik semangat yang kuat buat seluruh warga PERDA untuk terus memperkukuh sistem pengurusan integriti dan governans. Hal ini amat penting bagi meningkatkan kepercayaan pemegang taruh secara berterusan, sekali gus menyokong penuh aspirasi pembangunan negara yang berteraskan ketelusan dan akauntabiliti.
 
Majlis amanat yang penuh inspirasi ini turut dihadiri bersama oleh Encik Rohaimi Bin Othman, Pengarah PERDA-TECH, barisan pengurusan tertinggi, serta para pensyarah.
Amanat serta perasmian yang disempurnakan pastinya menjadi pembakar semangat buat para pelajar baharu untuk memulakan langkah kanan dalam menuntut ilmu dan kemahiran demi masa depan yang cemerlang.

Selamat datang dan tahniah diucapkan kepada semua pelajar baharu! Selamat menempuh Minggu Orientasi dan selamat maju jaya di PERDA-TECH.
GALERI GAMBAR

AKTIVITI 2026

Penafian : PERDA tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kehilangan data atau kerugian yang berlaku disebabkan penggunaan laman web ini.

Hak Cipta Terpelihara © PERDA 2026 / Paparan terbaik menggunakan pelayar internet Mozilla Firefox, Chrome dan Internet Explorer 11 ke atas.