Bengkel Pemurnian Dokumen Tender Projek Pembinaan Struktur Ban Tanah Bersama Struktur Lapis Lindung Batu (Rock Revetment) dan Lain-Lain Kerja Berkaitan

Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive
 
19 - 21 Ogos 2026    |    Bayan Lepas

Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (PERDA) bersama Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Negeri Pulau Pinang telah mengadakan Bengkel Pemurnian Dokumen Tender Projek Pembinaan Struktur Ban Tanah Bersama Struktur Lapis Lindung Batu (Rock Revetment) dan Lain-Lain Kerja Berkaitan di Tanah Milik PERDA Lot 802, Mukim C, Kuala Sungai Pinang, Balik Pulau, Daerah Barat Daya, Pulau Pinang.

Bengkel selama tiga hari ini memberi tumpuan kepada penelitian dan pemurnian dokumen tender secara menyeluruh bagi memastikan aspek teknikal, skop kerja, spesifikasi, kuantiti serta keperluan pelaksanaan projek diperincikan dengan jelas sebelum proses perolehan dilaksanakan.

Sesi perbincangan turut menjadi platform kepada pegawai teknikal PERDA dan JPS untuk menyelaras keperluan projek, mengenal pasti isu serta risiko yang berpotensi berlaku semasa pelaksanaan dan seterusnya memperkemaskan dokumen tender supaya selaras dengan keperluan teknikal serta keadaan sebenar di tapak.

Projek ini merupakan antara usaha PERDA dengan kerjasama kepakaran teknikal JPS dalam menangani isu hakisan pantai di kawasan tanah milik PERDA di Kuala Sungai Pinang, di samping menyediakan penyelesaian perlindungan pantai yang lebih terancang dan berkesan.

Kerjasama strategik antara PERDA dan JPS ini diharapkan dapat memastikan perancangan serta pelaksanaan projek dilaksanakan dengan lebih sistematik, menepati keperluan teknikal dan seterusnya melindungi aset serta kepentingan PERDA bagi jangka masa panjang.
GALERI GAMBAR

AKTIVITI 2026

Penafian : PERDA tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kehilangan data atau kerugian yang berlaku disebabkan penggunaan laman web ini.

Hak Cipta Terpelihara © PERDA 2026 / Paparan terbaik menggunakan pelayar internet Mozilla Firefox, Chrome dan Internet Explorer 11 ke atas.