PERDA-TECH Raih 15 Pingat di Pertandingan Inovasi Antarabangsa i-CompEx 2026

Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive
 
12 - 13 Ogos 2026    |    Jitra

Institut Kemahiran Tinggi PERDA (PERDA-TECH) terus mencipta kecemerlangan apabila berjaya meraih 15 pingat menerusi 15 penyertaan dalam Pertandingan Inovasi Antarabangsa i-CompEx 2026.

Pertandingan tersebut menghimpunkan lebih 300 projek inovasi daripada pelbagai Institusi Pengajian Tinggi (IPT) Awam dan institusi Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) dari seluruh negara.

PERDA-TECH mencatat pencapaian membanggakan apabila kesemua 15 penyertaan berjaya meraih pingat, terdiri daripada empat pingat emas, lima pingat perak dan enam pingat gangsa.

Pingat Emas

  1. In House Temperate Crop Controlled Environment Chamber (AG-ENVITECH) – Ts. Siti D'zaleha
  2. Integrated Earthing Terminal (IET) – En. Fadhil & En. Fairul
  3. Anti Kecurian Berasaskan RFID dan GPS – En. Amran, En. Ridzwan & En. Hamizan
  4. Smart Vehicle Warning Light System – En. Azizul, En. Syafie & En. Baihaqi

Pingat Perak

  1. Light Dependent - AC DOL (LD-DOL) – En. Fadhil & En. Razis
  2. GrabNGo Tools – Pn. Noriza, Pn. Azdiyyah & Pn. Nurul Akma
  3. Resilink Utility Management System – En. Haafizee & Pn. Hetty
  4. i-Rubrik Assessment System – En. Taqwa & En. Fauzi
  5. Smart Handle Impact – En. Mior & En. Rozmi

Pingat Gangsa

  1. MindSignal: Smart Tool Inventory Monitoring – Pn. Nor Hafizah, Pn. Nur Shafinar & Pn. Nurliana
  2. Smart Bird Prevention Nett – En. Ridhuwan
  3. Automated Bolt Sorting System For Zero-Waste Management – En. Ikhwani & En. Amir
  4. Satay Maker – En. Zubbir & En. Fikri Norizad
  5. Smart Shoes Dryer – En. Afiq & En. Noor Fikri
  6. PerdaRide: Smart Campus E-Hailing Application – Ts. Nor Paezah & En. Azhari

Kejayaan ini mencerminkan komitmen dan kreativiti warga PERDA-TECH dalam menghasilkan inovasi yang berpotensi memberi impak kepada industri dan masyarakat, di samping memperkukuh budaya penyelidikan serta inovasi dalam ekosistem TVET.

Setinggi-tinggi tahniah dan penghargaan diucapkan kepada semua peserta serta warga pendidik yang terlibat. Penghargaan turut diberikan kepada barisan Pengurusan Tertinggi PERDA-TECH atas sokongan, kemudahan dan dorongan yang diberikan sepanjang proses pembangunan projek serta penyertaan dalam pertandingan.

Semoga pencapaian ini menjadi pemangkin kepada warga PERDA-TECH untuk terus menghasilkan inovasi yang berkualiti, berdaya saing dan memberi manfaat kepada masyarakat serta negara.

 
GALERI GAMBAR

AKTIVITI 2026

Penafian : PERDA tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kehilangan data atau kerugian yang berlaku disebabkan penggunaan laman web ini.

Hak Cipta Terpelihara © PERDA 2026 / Paparan terbaik menggunakan pelayar internet Mozilla Firefox, Chrome dan Internet Explorer 11 ke atas.