20 Julai 2026 | Bagan Datuk
Jabatan Teknologi Automotif, PERDA-TECH telah mengambil inisiatif untuk mengadakan lawatan penanda aras dan kunjungan hormat pengurusan PERDA-TECH bersama rakan strategik industri iaitu PERODUA Sales Sdn.Bhd. ke kampus Malaysia China Institut (MCI) , Bagan Datuk, Perak dalam pemerkasaan tvet dalam bidang kenderaan elektrik.
Tujuan utama lawatan ini ialah mendapatkan pendedahan dan perkongsian berkaitan pembangunan serta pengurusan fasiliti latihan kenderaan elektrik (EV), meninjau kemudahan dan infrastruktur latihan EV yang disediakan serta memahami aspek pengurusan, penyelenggaraan dan keselamatan fasiliti EV.
Selain itu, jabatan berharap mendapat perkongsian amalan terbaik berkaitan pelaksanaan latihan dan pengajaran dalam bidang EVdan meneroka potensi kerjasama strategik antara kedua-dua institusi dalam pembangunan program TVET.
GALERI GAMBAR


Soalan Lazim
Aduan & Maklumbalas








