Beyond ChatGPT: AI Tools Every Student Should Know

Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive
 
21 September 2026    |     Nibong Tebal

Sekretariat PPI Aktiviti Pemantapan Bahasa Inggeris telah berjaya menganjurkan program ceramah berkaitan kecerdasan buatan (AI) buat para pelajar Diploma Institut Kemahiran Tinggi PERDA (PERDA-TECH) Sesi Julai 2026 bertempat di Dewan Utama PERDA-TECH.

Sesi perkongsian ilmu yang padat ini telah disampaikan oleh penceramah jemputan,
Ts. Nor Hasfuat bin Abdul Rahman.

Selaras dengan arus perkembangan teknologi digital moden, program ini dirangka untuk mendedahkan para pelajar kepada kepelbagaian aplikasi AI selain ChatGPT.

Objektif utamanya adalah untuk melatih para pelajar memanfaatkan alatan AI secara beretika dalam meningkatkan produktiviti akademik, memperkukuh teknik penulisan, serta membina keyakinan bertutur dan berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris.
Semoga pendedahan ini dapat memberi kesedaran yang tinggi tentang etika penggunaan AI bagi mengelakkan isu plagiarisme, sekali gus mengekalkan kualiti intelek para pelajar PERDA-TECH.

GALERI GAMBAR

AKTIVITI 2026

Penafian : PERDA tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kehilangan data atau kerugian yang berlaku disebabkan penggunaan laman web ini.

Hak Cipta Terpelihara © PERDA 2026 / Paparan terbaik menggunakan pelayar internet Mozilla Firefox, Chrome dan Internet Explorer 11 ke atas.