10 Julai 2026 | Butterworth
PUSPANITA PERDA telah menganjurkan Program Gotong-Royong Bubur Asyura bertempat di Perkarangan Bangunan PERDA dengan penyertaan ahli PUSPANITA.
Program yang berlangsung dari jam 9.00 pagi hingga 1.00 petang ini bertujuan menghidupkan tradisi penyediaan Bubur Asyura sempena bulan Muharam, di samping memupuk semangat gotong-royong, mengeratkan silaturahim dan memperkukuh budaya kebersamaan dalam kalangan warga PERDA.
Sepanjang program, para peserta berganding bahu menyediakan bahan-bahan mentah, mengacau Bubur Asyura secara bergilir-gilir serta membungkus bubur untuk diagihkan kepada warga PERDA. Program ini turut mendapat sambutan dan sokongan melalui sumbangan pelbagai bahan mentah daripada ahli PUSPANITA, sekali gus mencerminkan semangat kerjasama dan keprihatinan yang tinggi.
PUSPANITA PERDA merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua penyumbang, peserta serta urus setia yang telah memberikan komitmen dan kerjasama dalam menjayakan program ini.
Semoga penganjuran program seumpama ini dapat diteruskan pada masa hadapan sebagai medium untuk memperkukuh ukhuwah, memelihara warisan tradisi dan menyemai nilai kasih sayang serta semangat saling membantu dalam kalangan warga PERDA.
"Bersama kita berkongsi, menyemai kasih, menyuburkan silaturrahim."
GALERI GAMBAR


Soalan Lazim
Aduan & Maklumbalas
















