12 September 2026 | Kuching
Institut Kemahiran Tinggi PERDA (PERDA-TECH) telah melibatkan diri dalam 10th International Conference on Communication and Media (i-COME 2026) yang berlangsung pada 11 hingga 13 September 2026 bertempat di Borneo Cultural Museum, Kuching, Sarawak, Malaysia.
Persidangan antarabangsa ini mengangkat tema:
”Navigating Global Communication through Digital Competence for a Sustainable Future”
i-COME 2026 menjadi platform penting kepada para akademik, penyelidik dan pengamal bidang komunikasi serta media untuk berkongsi hasil penyelidikan, idea, pengalaman dan inovasi dalam mendepani landskap komunikasi global yang semakin dipengaruhi oleh perkembangan teknologi digital.
Dalam penyertaan ini, Institut Kemahiran Tinggi PERDA telah membentangkan hasil penyelidikan bertajuk:
”Factors That Influence Student Mental Distress at Institut Kemahiran Tinggi PERDA”
Penyelidikan ini memberi tumpuan kepada faktor-faktor yang mempengaruhi mental distress dalam kalangan pelajar di Institut Kemahiran Tinggi PERDA. Kajian ini turut menekankan kepentingan memahami aspek kesejahteraan mental pelajar bagi membantu mewujudkan persekitaran pendidikan yang lebih kondusif, holistik dan menyokong perkembangan pelajar.
Penyertaan dalam persidangan antarabangsa ini bukan sahaja menjadi ruang untuk berkongsi dapatan penyelidikan, malah turut membuka peluang kepada perkongsian ilmu, jaringan akademik dan kolaborasi penyelidikan bersama penyelidik dari dalam dan luar negara.
Hasil penyelidikan ini akan diterbitkan dalam jurnal berimpak tinggi sekali gus menjadi satu pencapaian yang membanggakan bagi Institut Kemahiran Tinggi PERDA serta memperluaskan sumbangan hasil penyelidikan kepada komuniti akademik dan bidang berkaitan.
Tahniah dan syabas diucapkan atas usaha, komitmen dan dedikasi dalam membawa nama Institut Kemahiran Tinggi PERDA ke persada akademik antarabangsa. Semoga pencapaian ini menjadi pemangkin kepada lebih banyak penyelidikan dan penerbitan berimpak tinggi pada masa akan datang.
PERDA-TECH | Research • Innovation • Excellence
GALERI GAMBAR


Soalan Lazim
Aduan & Maklumbalas



