24 Julai 2026 | Butterworth
Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (PERDA) telah menganjurkan Program Budaya Hidup Sihat yang berlangsung di Dewan Mutiara Wawasan, Ibu Pejabat PERDA.
Program anjuran Bahagian Hartanah & Teknikal ini mendapat sambutan menggalakkan dengan penyertaan warga PERDA yang hadir bagi memeriahkan program.
Antara pengisian utama program ialah aktiviti Chairobic, iaitu senaman ringan yang sesuai disertai oleh semua lapisan warga kerja. Aktiviti ini bertujuan menggalakkan amalan gaya hidup sihat serta meningkatkan kecergasan fizikal dalam suasana yang santai dan ceria.
Penganjuran program ini bertujuan meningkatkan kesedaran mengenai kepentingan penjagaan kesihatan, mengurangkan tekanan di tempat kerja, serta memupuk kesejahteraan fizikal dan mental dalam kalangan warga PERDA. Program ini turut memberi penekanan kepada empat teras utama kesihatan, iaitu jantung sihat, badan cergas, minda positif dan hubungan harmoni.
Melalui penganjuran program seumpama ini, PERDA berharap budaya hidup sihat dapat terus diamalkan dalam kalangan warga kerja, sekali gus mewujudkan persekitaran kerja yang lebih produktif, sejahtera dan harmoni.
GALERI GAMBAR


Soalan Lazim
Aduan & Maklumbalas








