Institut Kemahiran Tinggi PERDA (PERDA-TECH) telah mengadakan Bengkel Peralihan Sistem i-Akademik sebagai platform kepada panel pembangunan dan pengurusan PERDA-TECH bagi memastikan proses peralihan sistem dapat dilaksanakan secara sistematik dan teratur.
Bengkel ini turut memberi ruang kepada pihak terlibat untuk meneliti aspek pelaksanaan serta mengenal pasti ruang penambahbaikan secara berterusan bagi memastikan penggunaan Sistem i-Akademik dapat menyokong pengurusan akademik dan penyampaian perkhidmatan kepada pelajar dengan lebih berkesan.
Sesi bengkel turut dihadiri oleh YBhg. Dato' Haji Mohd Asri bin Baharum , Pengurus Besar PERDA, bagi menyampaikan penghargaan dan apresiasi khas kepada tiga orang panel pembangunan Sistem i-Akademik yang telah memberikan bimbingan serta kepakaran sepanjang proses pembangunan sistem tersebut.
Penganugerahan apresiasi khas ini merupakan tanda penghargaan PERDA-TECH atas sumbangan dan komitmen panel dalam membantu menjayakan pembangunan Sistem i-Akademik serta memperkukuh usaha pendigitalan pengurusan akademik di PERDA-TECH.


Soalan Lazim
Aduan & Maklumbalas







