Lawatan Penanda Aras Jabatan Teknologi Pembuatan PERDA-TECH Ke Kolej Komuniti Taiping

Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive
 
01 Julai 2026    |   Taiping

Seramai tujuh orang pensyarah daripada Jabatan Teknologi Pembuatan (JTP), PERDA-TECH telah mengadakan lawatan penanda aras ke Kolej Komuniti Taiping bagi mendapatkan perkongsian ilmu dan pengalaman berkaitan pembangunan Kurikulum Sijil MBOT-TVET.

Sepanjang lawatan tersebut, pihak Kolej Komuniti Taiping telah berkongsi pengalaman, amalan terbaik serta memberikan bimbingan secara terperinci melalui semakan dokumen berdasarkan keperluan dan kriteria MBOT-TVET.

Walaupun sesi lawatan berlangsung selama kira-kira dua jam, perkongsian yang diberikan telah memberi input yang amat bernilai kepada PERDA-TECH dalam usaha memperkukuh pembangunan Program Sijil Teknologi Mekanikal (CMT). Lawatan ini diharap dapat membantu meningkatkan kualiti kurikulum serta menyokong usaha PERDA-TECH ke arah penyediaan program TVET yang memenuhi standard dan keperluan akreditasi MBOT-TVET.

GALERI GAMBAR

AKTIVITI 2026

Penafian : PERDA tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kehilangan data atau kerugian yang berlaku disebabkan penggunaan laman web ini.

Hak Cipta Terpelihara © PERDA 2026 / Paparan terbaik menggunakan pelayar internet Mozilla Firefox, Chrome dan Internet Explorer 11 ke atas.