Pameran Usahawan PERDA Meriahkan Majlis Perasmian Kilang Al-Meswak Mu'min Dan Pelancaran Jubli Perak

User Rating: 5 / 5

Star ActiveStar ActiveStar ActiveStar ActiveStar Active
 
18 Jun 2026    |     Pulau Pinang

Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (PERDA) terus komited memartabatkan usahawan bimbingan PERDA ke peringkat yang lebih tinggi melalui penyertaan Pameran Usahawan PERDA sempena Majlis Perasmian Kilang Al-Meswak Mu'min MFG Sdn. Bhd. dan Pelancaran Jubli Perak Mu'min (25 Tahun) yang berlangsung hari ini.

Kehadiran ruang pameran usahawan ini menjadi bukti nyata usaha berterusan PERDA dalam menyediakan platform pemasaran yang strategik serta memperluas jaringan rantaian perniagaan usahawan luar bandar.

Suatu penghormatan besar buat PERDA apabila ruang pameran usahawan ini telah menerima kunjungan rasmi daripada Tuan Yang Terutama Tun Dato' Seri Utama Haji Ramli bin Ngah Talib dan Yang Mulia Toh Puan Raja Dato' Seri Utama Noora Ashikin binti Raja Abdullah.

Sesi lawatan tersebut turut diiringi oleh Pengurus Besar PERDA, YBhg. Dato’ Haji Mohd Asri bin Baharum serta barisan dif-dif kehormat yang lain.

Kunjungan hormat ini memberi peluang keemasan kepada para usahawan bimbingan PERDA untuk memperkenalkan keunikan serta kualiti produk tempatan secara terus.

Penyertaan dalam pameran seumpama ini merupakan sebahagian daripada fokus strategik PERDA dalam memperkasa usahawan luar bandar agar lebih berdaya saing, kompetitif, dan bersedia menembusi pasaran global.

AKTIVITI 2026

Penafian : PERDA tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kehilangan data atau kerugian yang berlaku disebabkan penggunaan laman web ini.

Hak Cipta Terpelihara © PERDA 2026 / Paparan terbaik menggunakan pelayar internet Mozilla Firefox, Chrome dan Internet Explorer 11 ke atas.