02 Julai 2026 | Butterworth
Hari ini, PERDA telah menerima kunjungan daripada Unit Integriti Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) bersama-sama Unit Integriti jabatan dan agensi di bawah KKDW yang melibatkan seramai 17 orang pegawai.
Kunjungan ini diadakan bersempena Mesyuarat Penyelarasan Unit Integriti KKDW Bersama Unit Integriti Jabatan dan Agensi di Bawah KKDW Bilangan 2 Tahun 2026 serta Mesyuarat Pra-Majlis Jawatankuasa Tatakelola (JTK) Peringkat KKDW Bilangan 2 Tahun 2026, yang bermula pada pukul 9.30 pagi.
Mesyuarat tersebut telah dipengerusikan oleh PKPj Tuan Mohd Nadzri bin Ibrahim, Ketua Unit Integriti, KKDW.
Mesyuarat ini bertujuan membincangkan pelbagai perkara berbangkit, termasuk isu-isu semasa serta cadangan penambahbaikan dalam usaha memperkukuh pembudayaan integriti dan memperkasa amalan tadbir urus yang baik di KKDW serta jabatan dan agensi di bawahnya.
Selain itu, mesyuarat ini turut menjadi platform persediaan bagi Mesyuarat Jawatankuasa Tatakelola (JTK) Peringkat KKDW Bilangan 2 Tahun 2026 yang dijadualkan berlangsung pada bulan ini.
GALERI GAMBAR


Soalan Lazim
Aduan & Maklumbalas












