23 Jun 2026 | Tasek Gelugor
Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (PERDA) hari ini melangkah setapak lagi dalam memperkasa agenda keusahawanan melalui penganjuran Majlis Prapelancaran Expo PERDA (EXPERT) Tahun 2026 yang disempurnakan oleh Pengerusi PERDA, YBhg. Datuk Wira Ir. Dr. Shaik Hussein Mydin.
MAJLIS PRAPELANCARAN EXPO PERDA 2026: INTEGRASI SINERGI HALAL MEMACU EKONOMI USAHAWAN LUAR BANDAR
Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (PERDA) hari ini melangkah setapak lagi dalam memperkasa agenda keusahawanan melalui penganjuran Majlis Prapelancaran Expo PERDA (EXPERT) Tahun 2026 yang disempurnakan oleh Pengerusi PERDA, YBhg. Datuk Wira Ir. Dr. Shaik Hussein Mydin.
Majlis yang turut dihadiri oleh Pengurus Besar PERDA, YBhg. Dato' Haji Mohd Asri Bin Baharum ini menjadi titik mula rasmi bagi mempromosikan ekspo perniagaan terbesar anjuran PERDA yang dijadualkan berlangsung pada 2 hingga 4 Oktober 2026 di Midtown PERDA, Kubang Menerong, Tasek Gelugor, Pulau Pinang.
Membawakan tema "Sinergi Halal: Memperkasa Usahawan, Memacu Ekonomi", ekspo kali ini disasarkan menjadi wadah pemasaran bersepadu bagi mengetengahkan produk usahawan bumiputera dan luar bandar ke peringkat pasaran yang lebih luas.
Pengerusi PERDA turut mengumumkan tawaran diskaun istimewa potongan harga sehingga 20 peratus bagi kadar harga reruai atau tapak jualan sempena penganjuran ekspo tersebut.
Jualan tapak ini dijadualkan bermula pada 29 Jun 2026 secara dalam talian serta fizikal di Ibu Pejabat PERDA dengan harga asal bermula dari RM120.00 hingga RM1,500.00 bagi tempoh tiga hari penganjuran.
Secara keseluruhannya, EXPERT 2026 dirangka untuk melibatkan lebih 200 reruai yang merangkumi pelbagai kluster perniagaan termasuk makanan dan minuman, pertanian, kosmetik, serta segmen khusus seperti Global Marketplace Halal dengan kerjasama strategik negara jiran antarabangsa seperti Indonesia dan Thailand.
Pihak PERDA mensasarkan kehadiran seramai 75,000 orang pengunjung sepanjang tiga hari program dengan unjuran nilai jualan serta pemerolehan kontrak mencecah RM2.0 juta.
Pelbagai aktiviti pengisian menarik seperti program wanita, aktiviti kekeluargaan, jualan Agro MADANI, serta persembahan pentas artis popular turut disusun bagi memberikan impak sosial dan ekonomi yang positif kepada komuniti.

Soalan Lazim
Aduan & Maklumbalas
