10 September 2026 | Nibong Tebal
Institut Kemahiran Tinggi PERDA (PERDA-TECH) telah mengadakan Sambutan Maulidur Rasul bertempat di Dewan Utama PERDA-TECH.
Program dimulakan dengan perarakan yang diserikan dengan alunan qasidah dan selawat ke atas Nabi Muhammad SAW, sebelum diteruskan dengan ceramah khas yang disampaikan oleh penceramah jemputan.
Penganjuran program ini bertujuan menyemarakkan sambutan Maulidur Rasul di samping meningkatkan penghayatan terhadap sirah, perjuangan dan akhlak Rasulullah SAW dalam kalangan warga PERDA-TECH.
PERDA-TECH merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang terlibat serta warga PERDA-TECH yang bersama-sama menjayakan program ini.
GALERI GAMBAR


Soalan Lazim
Aduan & Maklumbalas
























