29 Ogos 2026 | George Town
Kontinjen perbarisan Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (PERDA) hari ini menyertai acara Raptai Perbarisan dan Perarakan Hari Kebangsaan Kali Ke-69 Peringkat Negeri Pulau Pinang Tahun 2026 yang berlangsung dengan penuh semangat bertempat di Padang Kota Lama, George Town.
Penyertaan kontinjen PERDA dalam latihan persediaan ini mencerminkan komitmen, disiplin, dan semangat patriotisme yang tinggi warga kerja agensi dalam bersama-sama menjayakan sambutan ulang tahun kemerdekaan negara.
Sesi raptai ini merangkumi latihan kawad kaki, keselarasan pergerakan, dan susunan kontinjen bagi memastikan persembahan yang mantap dan berimpak pada hari perbarisan sebenar pada 31 Ogos kelak.
PERDA terus bertekad memupuk nilai kebangsaan dan penyatuan dalam kalangan warga organisasi, di samping menyokong agenda pembangunan sosioekonomi luar bandar yang mampan selaras dengan aspirasi kemerdekaan dan kemakmuran negara.
GALERI GAMBAR


Soalan Lazim
Aduan & Maklumbalas
















