21 Jun 2026 | Bandar PERDA
Bersama Mengukuh Ukhwah, Memperkasa Komuniti!
Alhamdulillah, Program PERDA Perkasa Komuniti dan Sambutan Maal Hijrah 1448H yang dianjurkan oleh PERDA melalui Seksyen Pemasaran, Bahagian Hartanah & Teknikal bersama Kariah Surau Ibnu Sina Bandar PERDA telah berlangsung dengan penuh meriah dan jayanya.
Program yang menghimpunkan penduduk pelbagai lapisan usia ini bukan sekadar meraikan kedatangan tahun baharu Hijrah, malah menjadi medan mengeratkan silaturahim, memupuk perpaduan dan menyemarakkan semangat kebersamaan dalam komuniti.
Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Encik Mohd Afhainizam bin Mahamad Yusop, Pengurus Bahagian Hartanah & Teknikal PERDA, dan turut diserikan dengan kehadiran Datin Hajah Fazliyana binti Jamaludin, Pengerusi PUSPANITA PERDA.
Suasana pagi bermula meriah dengan aktiviti chairobik yang turut disertai oleh Dato' Haji Mohd Asri bin Baharom, Pengurus Besar PERDA bersama-sama penduduk setempat.
Daripada aktiviti senamrobik, kacau bubur Asyura, tazkirah Maal Hijrah, aktiviti kanak-kanak hinggalah cabutan bertuah, setiap pengisian membawa satu matlamat yang sama menyatukan komuniti dan menghidupkan peranan surau sebagai pusat pembangunan ummah.
Terima kasih kepada semua peserta, sukarelawan, jawatankuasa surau dan pihak yang terlibat dalam menjayakan program ini.
Semoga semangat hijrah terus menyatukan hati, mengukuhkan perpaduan dan menjadi inspirasi untuk melangkah ke arah komuniti yang lebih maju, harmoni dan sejahtera.

Soalan Lazim
Aduan & Maklumbalas
