22 Jun 2026 | Butterworth
Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (PERDA) telah menganjurkan Kursus Organisasi Keselamatan Kebakaran (OKK) kepada pasukan OKK yang baharu dilantik bagi sesi 2026–2028.
Kursus selama tiga hari ini berlangsung dari 20 hingga 22 Jun 2026 di Balai Bomba dan Penyelamat Butterworth.
Seramai 37 orang kakitangan daripada pelbagai bahagian dan jawatan telah menyertai kursus ini.
Para peserta didedahkan kepada aspek keselamatan kebakaran, penggunaan peralatan kecemasan, jenis-jenis alat pemadam api serta teknik pengendalian yang betul, di samping menjalani latihan kawad hos sebagai persediaan menghadapi situasi kecemasan.
Penganjuran kursus ini diharap dapat meningkatkan pengetahuan, kemahiran serta kesiapsiagaan pasukan OKK PERDA dalam menghadapi sebarang insiden yang tidak diingini, sekali gus mewujudkan persekitaran kerja yang lebih selamat dan kondusif.

Soalan Lazim
Aduan & Maklumbalas
