3 September 2026 | Bukit Mertajam
Perbincangan antara Pihak Zakat Majlis Agama Negeri Pulau Pinang (MAINPP) dan Institut Kemahiran Tinggi PERDA (PERDA-TECH) berkaitan Program Tajaan Pelajar dalam Bidang Automotif.
Inisiatif ini bertujuan membuka peluang pendidikan dan latihan kemahiran kepada pelajar yang berpotensi, khususnya daripada golongan yang memerlukan, untuk mengikuti pengajian dalam bidang automotif. Program ini diharapkan dapat membantu melahirkan tenaga kerja berkemahiran tinggi serta meningkatkan kebolehpasaran graduan dalam memenuhi keperluan industri automotif semasa.
Perbincangan turut memberi tumpuan kepada aspek penajaan, pemilihan pelajar, struktur program serta bentuk kerjasama yang bersesuaian antara kedua-dua pihak. Kerjasama strategik ini mencerminkan komitmen bersama dalam memperkasa pendidikan teknikal dan kemahiran, di samping menyediakan laluan masa depan yang lebih baik kepada generasi muda.
Semoga usaha yang dirancang ini dapat direalisasikan dengan jayanya dan memberi manfaat yang besar kepada para pelajar serta menyumbang kepada pembangunan modal insan berkemahiran di Pulau Pinang.
GALERI GAMBAR


Soalan Lazim
Aduan & Maklumbalas


