11 Ogos 2026 | Butterworth
Selepas 27 tahun, penantian akhirnya terjawab. Badan Pengurusan Pangsapuri Bandar Baharu Teluk Kumbar (Lot 2032) berjaya ditubuhkan, sekali gus membuka lembaran baharu dalam usaha memperkukuh tadbir urus dan pengurusan komuniti strata di kawasan berkenaan.
Detik bermakna ini diraikan menerusi Program Apresiasi Tadbir Urus Strata & Jalinan Mesra Komuniti Taman Sungai Bakap Perdana Bersama Pangsapuri Bandar Baharu Teluk Kumbar yang berlangsung di Dewan Mutiara Wawasan, Ibu Pejabat PERDA telah disempurnakan dengan kehadiran YBhg. Dato' Haji Mohd Asri bin Baharum, Pengurus Besar PERDA.
Program ini menjadi wadah untuk menghargai dan memperkenalkan barisan kepimpinan sulung Perbadanan Pengurusan, di samping memperkukuh kefahaman mengenai peranan dan tanggungjawab dalam menguruskan harta bersama.
Antara pengisian utama majlis ialah penyerahan Sijil Penubuhan Rasmi serta watikah penghargaan kepada Ahli Jawatankuasa Perbadanan Pengurusan, sebagai simbolik amanah untuk menerajui pengurusan komuniti dengan lebih teratur, telus dan bertanggungjawab.
Bukan sahaja program rasmi, pertemuan ini turut menjadi ruang untuk mengeratkan jalinan kerjasama antara PERDA, Jabatan Pesuruhjaya Bangunan (COB), Pejabat Tanah dan Galian Pulau Pinang (PTGPP) serta komuniti setempat.
Bagi PERDA, pembangunan perumahan bukan sekadar menyediakan tempat tinggal, tetapi turut membina komuniti yang mampu berdikari, bertanggungjawab dan bersama-sama mewujudkan persekitaran kediaman yang lebih baik dan mampan.
"Daripada pengurusan yang baik, akan lahir komuniti yang lebih harmoni dan berdaya tahan"
GALERI GAMBAR


Soalan Lazim
Aduan & Maklumbalas
















