Kontinjen PERDA Tampil Gagah dan Bersemangat dalam Perbarisan dan Perarakan Hari Kebangsaan Kali Ke-69 Peringkat Negeri Pulau Pinang

Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive
 
31 Ogos 2026    |    George Town


Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (PERDA) hari ini menyertai acara Perbarisan dan Perarakan Hari Kebangsaan Kali Ke-69 Peringkat Negeri Pulau Pinang Tahun 2026 yang berlangsung penuh gilang-gemilang bertempat di Padang Kota Lama, George Town.

Penyertaan PERDA pada kali ini diwakili oleh seramai 40 orang peserta kontinjen yang terdiri daripada warga kerja.

Kontinjen PERDA telah tampil berdisiplin dan bersemangat tinggi semasa perarakan di hadapan pentas utama dan tabik hormat telah disempurnakan oleh Pengurus Besar PERDA, YBhg. Dato' Haji Mohd Asri bin Baharum.

PERDA kekal komited dalam menterjemahkan semangat kemerdekaan ini menerusi pemerkasaan agenda pembangunan sosioekonomi luar bandar dan pemeliharaan kesejahteraan masyarakat secara berterusan.

Sempena sambutan gilang-gemilang ini, PERDA turut mengadakan Majlis Pelancaran Program Temu Seru bertempat di reruai PERDA bagi mempromosikan pelbagai program dan projek agensi secara terus kepada pengunjung dan masyarakat setempat.
GALERI GAMBAR

AKTIVITI 2026

Penafian : PERDA tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kehilangan data atau kerugian yang berlaku disebabkan penggunaan laman web ini.

Hak Cipta Terpelihara © PERDA 2026 / Paparan terbaik menggunakan pelayar internet Mozilla Firefox, Chrome dan Internet Explorer 11 ke atas.