29 September 2026 | Nibong Tebal
Pihak Institut Kemahiran Tinggi PERDA (PERDA-TECH) berbesar hati menerima kunjungan lawatan sambil belajar daripada delegasi GIATMARA NIBONG TEBAL yang melibatkan seramai hampir 25 orang pelajar.
Lawatan benchmarking ini memfokuskan pendedahan di Jabatan Automotif PERDA-TECH bagi meninjau kemudahan dan sistem pembelajaran teknikal yang ditawarkan. Lebih istimewa, para pelajar turut dibawa melawat ke Bengkel DOJO, sebuah fasiliti latihan yang dibangunkan hasil kerjasama strategik antara PERDA-TECH dan Perodua.
Menerusi tinjauan ke bengkel ini, para pelajar berpeluang melihat sendiri dengan lebih dekat tatacara kerja serta Prosedur Operasi Standard (SOP) industri yang dipraktikkan, sekali gus memberikan gambaran sebenar persekitaran kerja seumpama berada di kilang pengeluaran Perodua.
GALERI GAMBAR


Soalan Lazim
Aduan & Maklumbalas







