Bengkel Koordinasi Rekabentuk Dan Lawatan Teknikal Bagi Projek Pembinaan Struktur Ban Tanah Bersama Struktur Lapis Lindung Batu (Rock Revetment) Di Atas Lot 802, Mukim C, DBD

Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive
 
28 Julai 2026    |    Shah Alam

Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (PERDA) telah mengadakan Bengkel Koordinasi Reka Bentuk dan Lawatan Teknikal bagi Projek Pembinaan Struktur Ban Tanah Bersama Struktur Lapis Lindung Batu (Rock Revetment) di atas Lot 802, Mukim C, Daerah Barat Daya, Pulau Pinang pada 28 hingga 29 Julai 2026.

Bengkel yang berlangsung di Concorde Hotel Shah Alam tersebut diadakan bagi menyelaras dan memperincikan aspek reka bentuk serta keperluan teknikal berkaitan pelaksanaan projek berkenaan.

Program turut merangkumi lawatan teknikal ke Projek Pengawalan Hakisan Pantai di Pantai Sungai Kajang Baru, Tanjung Karang, Selangor. Lawatan ini memberikan pendedahan secara langsung mengenai kaedah pelaksanaan struktur perlindungan pantai serta pendekatan teknikal yang digunakan dalam menangani masalah hakisan.

Program tersebut turut dihadiri oleh YBhg. Dato’ Haji Mohd Asri bin Baharum, Pengurus Besar PERDA; YBrs. Puan Noor Hayati binti Ishak, Timbalan Pengurus Besar (Pembangunan); YBrs. Encik Mohd Afhainizam bin Mahamad Yusop, Pengurus Hartanah dan Teknikal, serta wakil-wakil daripada Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia (JPS).

Pelaksanaan bengkel dan lawatan teknikal ini diharapkan dapat memperkukuh koordinasi antara pihak-pihak terlibat serta memastikan perancangan dan pelaksanaan projek dibuat dengan teratur berdasarkan keperluan teknikal yang ditetapkan.
GALERI GAMBAR

AKTIVITI 2026

Penafian : PERDA tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kehilangan data atau kerugian yang berlaku disebabkan penggunaan laman web ini.

Hak Cipta Terpelihara © PERDA 2026 / Paparan terbaik menggunakan pelayar internet Mozilla Firefox, Chrome dan Internet Explorer 11 ke atas.