Program PERDA Perkasa Komuniti dan Sambutan Bulan Kemerdekaan 2026 @ Taman Bukit Tambun

Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive
 
16 Ogos 2026    |    Bukit Tambun

Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (PERDA) telah menganjurkan Program PERDA Perkasa Komuniti dan Sambutan Bulan Kemerdekaan 2026 bertempat di Perkarangan Dewan PERDA Bukit Tambun, Seberang Perai Selatan, Pulau Pinang.

Program yang menghimpunkan komuniti setempat ini bertujuan menggalakkan penglibatan masyarakat dalam program anjuran PERDA, memperkukuh hubungan dan kerjasama antara komuniti serta mewujudkan persekitaran yang harmoni.

Penganjuran ini turut memberi penekanan kepada amalan gaya hidup sihat dan semangat patriotisme bersempena sambutan Bulan Kemerdekaan.

Program telah diserikan dengan kehadiran YBhg. Datuk Mohd Noor bin Ahmad, Ahli Lembaga Pengarah PERDA Ventures Incorporated Sdn. Bhd. (PVISB); YBrs. Puan Noor Hayati binti Ishak, Timbalan Pengurus Besar (Pembangunan) PERDA; YBrs. Encik Mohd Afhainizam bin Mahamad Yusop, Pengurus Bahagian Hartanah dan Teknikal PERDA; serta YBrs. Encik Noorkhaizan bin Mohd Noor, Ketua Pegawai Eksekutif PVISB.

Pelbagai aktiviti menarik telah berlangsung sepanjang program antaranya pertandingan sepak takraw, sukaneka wanita, pertandingan kerabu bertemakan kemerdekaan, e-sukan, pertandingan mewarna, saringan kesihatan serta taklimat kesihatan dan pemakanan.

Penganjuran program ini mencerminkan komitmen PERDA untuk terus turun padang dan mendekati komuniti, bukan sahaja melalui pembangunan fizikal, malah menerusi pembangunan sosial dan pengukuhan hubungan masyarakat di kawasan operasi PERDA.

Sempena Bulan Kemerdekaan, program ini turut menjadi medan menyemarakkan semangat cintakan negara, perpaduan dan keharmonian, selaras dengan aspirasi untuk membentuk komuniti yang sihat, aktif dan sejahtera.
 
GALERI GAMBAR

AKTIVITI 2026

Penafian : PERDA tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kehilangan data atau kerugian yang berlaku disebabkan penggunaan laman web ini.

Hak Cipta Terpelihara © PERDA 2026 / Paparan terbaik menggunakan pelayar internet Mozilla Firefox, Chrome dan Internet Explorer 11 ke atas.