Lawatan dan Penyelarasan Program Desa Kirana KKDW: Kampung Labuh Banting Tasek Gelugor

Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive
 
25 Jun 2026    |     TASEK GELUGOR

LAWATAN DAN PENYELARASAN PROGRAM DESA KIRANA KKDW: KAMPUNG LABUH BANTING TASEK GELUGOR

Program Desa Kirana merupakan salah satu inisiatif game changer Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) yang dirangka untuk mempromosikan sektor pelancongan desa bersempena Tahun Melawat Malaysia 2026.

Kampung Labuh Banting, Tasek Gelugor Pulau Pinang merupakan salah satu daripada 25 kampung di bawah Program Desa Kirana KKDW seluruh Malaysia.

Bagi meningkatkan promosi program ini, Bahagian Pembangunan Komuniti Desa KKDW telah mengadakan lawatan tapak ke Kampung Labuh Banting pada 25 Jun 2026.

Lawatan ini bertujuan mengadakan sesi penyelarasan bersama pihak-pihak yang berkepentingan iaitu Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (PERDA) dan Koperasi Nelayan dan Komuniti Labuh Banting Pulau Pinang Berhad.

Ketua Penolong Setiausaha Komuniti Desa KKDW, Zairin Hafiza Zulkepli, Pengurus Bahagian Pembangunan Ekonomi PERDA, Mohd Hazahari Md. Haris dan Pengerusi Koperasi Nelayan dan Komuniti Labuh Banting Pulau Pinang Berhad Mohd. Anizam Ahmad antara yang terlibat di dalam lawatan ini.

Turut bersama di dalam lawatan ini ialah RTM Pulau Pinang dan Syarikat vendor yang dilantik oleh KKDW untuk membuat rakaman visual senario pembangunan, aktiviti-aktiviti kampung serta pakej-pakej yang ditawarkan.

Ini sebagai salah satu bentuk promosi di media massa dan media sosial kepada orang ramai yang ingin mengunjungi Kampung Labuh Banting sebagai dentinasi pelancongan di bawah Program Desa Kirana KKDW.

Kampung Labuh Banting merupakan salah satu dari tiga kampung yang terlibat di dalam Projek Pembangunan Agrotourism Tasek Gelugor di bawah seliaan PERDA. Di bawah program ini Kampung Labuh Banting telah pun dibangunkan infrastrukturnya meliputi pembinaan jeti, perbekalan bot pelancongan (river cruise), kemudahan tandas, galeri dan juga pembangunan modal insan kepada ahli-ahli koperasi.
GALERI GAMBAR

AKTIVITI 2026

Penafian : PERDA tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kehilangan data atau kerugian yang berlaku disebabkan penggunaan laman web ini.

Hak Cipta Terpelihara © PERDA 2026 / Paparan terbaik menggunakan pelayar internet Mozilla Firefox, Chrome dan Internet Explorer 11 ke atas.