7 Oktober 2026 | Nibong Tebal
Sukacita dimaklumkan bahawa Karnival Robotik & Inovasi PERDA-TECH (RynoTECH) 2026 akan dilangsungkan pada 3 November 2026. Antara pengisian utama karnival ini adalah pertandingan PERDA Drone Challenge dan PERDA STEM AI Creator, di samping pameran inovasi yang melibatkan pelbagai jabatan pengajian.
Sebagai persediaan menjelang hari pertandingan, sesi pembelajaran dan pemasangan dron bagi kumpulan pertama yang melibatkan sekolah-sekolah di Pulau Pinang, kini sedang giat dijalankan. Seterusnya, kumpulan kedua pula akan memulakan sesi pembelajaran mereka bermula hari ini dan esok, bagi mempersiapkan dron masing-masing untuk berentap pada kemuncak karnival 3 November kelak.
Bagi tahun 2026, taraf pertandingan Rynotech 2026 dinaikan kepada peringkat Kebangsaan dimana penyertaan SMK sekitar Kedah, Perlis dan Perak turut menyertai pada kali ini.
GALERI GAMBAR


Soalan Lazim
Aduan & Maklumbalas
















