Majlis Penutup Program Kampung Angkat Madani 2026 di Kampung Sungai Setar

Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive
 
6 Oktober 2026    |    Nibong Tebal

Majlis Penutup Program Kampung Angkat MADANI 2026 di Kampung Sungai Setar telah disempurnakan oleh YBhg. Datuk Che Murad Sayang bin Ramjan, Ketua Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). Turut hadir Encik Rohaimi bin Othman, Pengarah PERDA-TECH.

Menerusi inisiatif ini, Institut Kemahiran Tinggi PERDA (PERDA-TECH) melalui Jabatan Kejuruteraan Pertanian telah diberi mandat untuk melaksanakan Program Kemahiran TVET Pertanian khusus kepada peserta JKM.

Program ini memberi pendedahan secara teori dan praktikal merangkumi teknik pertanian moden, teknologi agrikultur serta latihan keusahawanan bagi meningkatkan pengetahuan dan kemahiran peserta.

Kerjasama strategik ini diharapkan dapat melengkapkan peserta dengan kemahiran baharu yang berpotensi membuka peluang kerjaya dan penjanaan pendapatan, seterusnya membantu meningkatkan taraf sosioekonomi serta keupayaan mereka untuk hidup lebih berdikari.

GALERI GAMBAR

AKTIVITI 2026

Penafian : PERDA tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kehilangan data atau kerugian yang berlaku disebabkan penggunaan laman web ini.

Hak Cipta Terpelihara © PERDA 2026 / Paparan terbaik menggunakan pelayar internet Mozilla Firefox, Chrome dan Internet Explorer 11 ke atas.