Kemeriahan Program Hari Ketiga: EXPERT 2026 Labuh Tirai Dengan Rekod Impak Keseluruhan RM8.72 Juta

Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive
 
4 Oktober 2026    |    Kepala Batas

Memasuki hari ketiga sekali gus hari terakhir penganjuran, Ekspo PERDA (EXPERT) 2026 terus dimeriahkan dengan pelbagai pengisian acara berimpak tinggi bertempat di Midtown PERDA, Kubang Menerong.

Antara pengisian utama yang mendapat sambutan luar biasa daripada pengunjung termasuklah Program Jerayawara Pengacaraan Zon Utara yang menampilkan barisan penceramah dan pengacara selebriti terkemuka tanah air, pertandingan Kids Idol yang mencungkil bakat cilik tempatan, serta pelbagai aktiviti kemasyarakatan yang memeriahkan suasana sepanjang hari.

Penganjuran ekspo usahawan Bumiputera terbesar di Seberang Perai selama tiga hari ini merekodkan pencapaian yang amat membanggakan menerusi Laporan Keseluruhan EXPERT 2026:

- Jumlah Pengunjung: 75,575 orang
- ⁠Jumlah Nilai Jualan Direct: RM1,837,408.20
- ⁠Pemerolehan Kontrak: RM6,890,953.00
- ⁠NILAI IMPAK KESELURUHAN: RM8,728,361.20

Kejayaan penganjuran EXPERT 2026 membuktikan komitmen berterusan PERDA dan KKDW dalam memperkasakan sosioekonomi usahawan luar bandar serta memacu ekonomi tempatan ke tahap yang lebih mampan.

Setinggi-tinggi terima kasih kepada seluruh pengunjung, pempamer, dan rakan strategik.

Jumpa lagi di EXPERT akan datang!

PERDA – Merealisasikan Harapan Rakyat.
GALERI GAMBAR

AKTIVITI 2026

Penafian : PERDA tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kehilangan data atau kerugian yang berlaku disebabkan penggunaan laman web ini.

Hak Cipta Terpelihara © PERDA 2026 / Paparan terbaik menggunakan pelayar internet Mozilla Firefox, Chrome dan Internet Explorer 11 ke atas.