4 Oktober 2026 | Kepala Batas
Tirai penganjuran Ekspo PERDA (EXPERT) 2026 dilabuhkan secara rasmi hari ini dalam Majlis Penutupan Rasmi yang disempurnakan oleh Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang, YB Dato' Dr. Mohamad bin Abdul Hamid, bertempat di Midtown PERDA, Kubang Menerong.
Majlis berprestij ini turut diserikan dengan kehadiran Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar) Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW), YBhg. Dato' Abdul Kahar bin Abdullah. Penganjuran EXPERT 2026 mencatatkan kejayaan strategik menerusi Sesi Pertukaran Memorandum Persefahaman (MoU) melibatkan enam transaksi bernilai RM3.1 juta (USD 760,000) yang merangkumi rakan dagang domestik serta antarabangsa dari China.
Penglibatan pempamer dari China, Thailand, Singapura, dan Indonesia ini sekali gus membuktikan transformasi EXPERT 2026 sebagai platform jaringan perdagangan global.
Selain itu, majlis turut menyaksikan Pelancaran Jelajah Penang Halal Xperience oleh Penang Halal International dengan kerjasama PERDA, MARA, FAMA, PDC, dan NCER bagi memperluas promosi serta khidmat sokongan ekosistem halal di Pulau Pinang.
PERDA merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada KKDW, Kerajaan Negeri serta seluruh rakan strategik yang menjayakan perasmian penutup ini.
PERDA – Merealisasikan Harapan Rakyat.
GALERI GAMBAR


Soalan Lazim
Aduan & Maklumbalas



















