3 Oktober 2026 | Kepala Batas
Memasuki hari kedua penganjuran Ekspo PERDA (EXPERT) 2026, kemeriahan pameran diteruskan dengan kehadiran tetamu kehormat, YBhg. Puan Tan Lean Kee, isteri kepada YAB Ketua Menteri Pulau Pinang.
Pengurus Besar Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (PERDA), YBhg. Dato' Haji Mohd Asri bin Baharum telah mengiringi YBhg. Puan Tan Lean Kee untuk sesi walkabout bagi meninjau serta menyokong reruai pameran usahawan tempatan dan antarabangsa.
Sesi lawatan tersebut memberi ruang untuk beramah mesra bersama para pempamer serta usahawan pelbagai sektor yang menyertai EXPERT 2026.
PERDA merakamkan setinggi-tinggi penghargaan atas sokongan dan keperihatinan yang ditunjukkan demi memartabatkan industri keusahawanan luar bandar.
PERDA – Merealisasikan Harapan Rakyat.
GALERI GAMBAR


Soalan Lazim
Aduan & Maklumbalas










