Majlis Perasmian Ekspo PERDA (EXPERT) 2026

Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive
 
2 Oktober 2026    |    Kepala Batas

Ekspo PERDA (EXPERT) 2026 yang merupakan ekspo usahawan Bumiputera terbesar di Seberang Perai telah dirasmikan secara gilang-gemilang bertempat di Pentas Utama, Midtown PERDA, Kubang Menerong.

Majlis perasmian ini disempurnakan oleh Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang, Tuan Yang Terutama Tun Dato' Seri Utama Haji Ramli bin Ngah Talib, bersama Yang Mulia Toh Puan Raja Dato' Seri Utama Noora Ashikin binti Raja Abdullah.

Majlis turut dihadiri oleh Ketua Setiausaha Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW), YBhg. Dato' Sri Suriani binti Dato' Ahmad, serta Pengerusi PERDA, YBhg. Datuk Wira Ir. Dr. Shaik Hussein bin Mydin.

Menerusi majlis ini, Pengiktirafan Khas Ikon Usahawan EXPERT 2026 telah dianugerahkan secara rasmi kepada Pengarah Urusan Al-Meswak Mu'min Sdn. Bhd., YBhg. Dato' Haji Zaihal Hazri bin Haji Abdul Halim, atas sumbangan cemerlang beliau dalam memajukan industri barangan pengguna cepat laris (FMCG) dan ekosistem produk halal Bumiputera.

Penganjuran EXPERT 2026 menjadi bukti komitmen berterusan PERDA dalam memperkasakan sosioekonomi usahawan luar bandar dan memacu daya saing industri halal ke peringkat lebih tinggi.

PERDA – Merealisasikan Harapan Rakyat.
GALERI GAMBAR

AKTIVITI 2026

Penafian : PERDA tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kehilangan data atau kerugian yang berlaku disebabkan penggunaan laman web ini.

Hak Cipta Terpelihara © PERDA 2026 / Paparan terbaik menggunakan pelayar internet Mozilla Firefox, Chrome dan Internet Explorer 11 ke atas.