5 - 7 Oktober 2026 | Teluk Bahang
Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (PERDA) menerusi Unit Undang-Undang telah menganjurkan Seminar Transformasi Pengurusan Kontrak Pembinaan Kerajaan 2026 bertemakan “Menerajui Tadbir Urus Kontrak yang Cekap, Telus dan Berintegriti” yang berlangsung selama tiga hari bermula 5 hingga 7 Oktober 2026 bertempat di Bahang Bay Hotel, Pulau Pinang.
Seminar ini menghimpunkan para peserta dari pelbagai agensi kerajaan dan badan profesional dari seluruh negara.
Penganjuran program ini menampilkan barisan penceramah berkaliber serta berpengalaman luas dalam bidang perundangan dan pengurusan pembinaan, yang berkongsi ilmu, pengalaman, serta perspektif praktikal berkaitan tatacara pengurusan kontrak pembinaan kerajaan secara holistik.
Penganjuran seminar ini bermatlamat utama untuk meningkatkan pengetahuan serta kompetensi para peserta mengenai pengurusan kontrak pembinaan kerajaan, di samping memperkukuh amalan tadbir urus yang cekap, telus, dan berintegriti dalam pelaksanaan projek pembangunan.
Selain itu, pendedahan khusus turut diberikan terhadap isu-isu semasa, pindaan perundangan, dan amalan terbaik industri pembinaan bagi mengurangkan risiko pertikaian kontrak, kelewatan projek, serta kerugian kewangan melalui pengurusan yang lebih sistematik.
PERDA merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua penceramah atas perkongsian ilmu yang amat bernilai serta ucapan terima kasih kepada seluruh peserta yang memberikan komitmen penuh sepanjang penganjuran seminar ini.
PERDA – Merealisasikan Harapan Rakyat.
GALERI GAMBAR


Soalan Lazim
Aduan & Maklumbalas




















