9 Oktober 2026 | Butterworth
Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (PERDA) hari ini telah menganjurkan Sambutan Hari Sukan Negara Peringkat PERDA 2026 bertempat di Ibu Pejabat PERDA.
Program yang berlangsung dalam suasana penuh kemeriahan ini menghimpunkan para pegawai dan kakitangan PERDA menerusi penganjuran pelbagai aktiviti sukaneka. Penganjuran sukaneka ini bukan sahaja bertujuan memupuk budaya gaya hidup sihat dan aktif dalam kalangan warga kerja, malah bertindak sebagai medan untuk memperkukuh semangat kerja berpasukan serta mengeratkan hubungan silaturahim antara satu sama lain.
Pihak pengurusan PERDA mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada seluruh warga PERDA yang telah memberikan komitmen serta penyertaan padu dalam menjayakan sambutan Hari Sukan Negara pada tahun ini.
Selamat Hari Sukan Negara 2026!
PERDA – Merealisasikan Harapan Rakyat.
GALERI GAMBAR


Soalan Lazim
Aduan & Maklumbalas








