Sesi Lawatan Penanda Aras (benchmarking) ke Penang Islamic Digital Library (PIDL)

Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive
 
14 Oktober 2026    |    George Town

Sesi Lawatan Penanda Aras (benchmarking) ke Penang Islamic Digital Library (PIDL) telah diadakan melibatkan beberapa orang pegawai dari PERDA-TECH.

Lawatan ini juga bertujuan untuk memahami amalan terbaik yang telah dilaksanakan oleh PIDL dalam menyediakan persekitaran pembelajaran digital yang kondusif, interaktif, sistematik dan mesra pengguna bagi memenuhi keperluan pembelajaran, pengajaran, penyelidikan serta rujukan pengguna.

Selain itu, lawatan ini diharapkan dapat memberikan gambaran yang lebih jelas kepada pihak Institut Kemahiran Tinggi PERDA (PERDA-TECH) mengenai keperluan infrastruktur, kemudahan teknologi, sumber manusia, kaedah pengurusan koleksi digital serta aspek penyelenggaraan dan kelestarian operasi perpustakaan digital. Maklumat dan pengalaman yang diperoleh melalui lawatan ini akan dijadikan panduan dan rujukan dalam merancang pembangunan kemudahan perpustakaan digital yang bersesuaian dengan keperluan institusi, selaras dengan perkembangan teknologi semasa serta aspirasi PERDA-TECH untuk mewujudkan ekosistem pembelajaran yang lebih moden, inovatif dan berkesan dalam menyokong pembangunan kompetensi serta kecemerlangan akademik pelajar.
GALERI GAMBAR

AKTIVITI 2026

Penafian : PERDA tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kehilangan data atau kerugian yang berlaku disebabkan penggunaan laman web ini.

Hak Cipta Terpelihara © PERDA 2026 / Paparan terbaik menggunakan pelayar internet Mozilla Firefox, Chrome dan Internet Explorer 11 ke atas.