Sekretariat Disiplin dengan kerjasama Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan PERDA-TECH mengadakan Taklimat Fire Drill 2026 bertempat di Dewan PERDA-TECH.
Program yang melibatkan lebih 200 orang pelajar ini bertujuan memberi pendedahan mengenai tatacara pemindahan bangunan, laluan keluar kecemasan serta prosedur keselamatan yang perlu dipatuhi sekiranya berlaku kebakaran.
Melalui taklimat ini, para pelajar didedahkan kepada langkah-langkah keselamatan dan tindakan yang perlu diambil bagi memastikan proses pemindahan bangunan dapat dilaksanakan secara teratur dan selamat.
Penganjuran program ini diharapkan dapat meningkatkan tahap kesedaran, kesiapsiagaan dan kepekaan pelajar terhadap aspek keselamatan kebakaran, sekali gus memupuk budaya keselamatan dalam kalangan warga PERDA-TECH.


Soalan Lazim
Aduan & Maklumbalas







