15 Oktober 2026 | Kota Bharu
Sekalung tahniah dan setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada seluruh pensyarah dan kakitangan Jabatan Teknologi Elektrik (JTE), Institut Kemahiran Tinggi PERDA (PERDA-TECH) atas kejayaan meraih pengiktirafan dalam Best Practical Innovation Award dalam ICTE2026 Digital Innovation Competition peringkat Antarabangsa.
Kejayaan ini merupakan hasil daripada komitmen, kerjasama berpasukan, kreativiti, inovasi serta kesungguhan seluruh warga JTE dalam menghasilkan idea dan produk inovasi yang berkualiti serta berimpak tinggi.
Penghargaan turut diberikan kepada semua pihak yang telah menyumbang tenaga, masa, kepakaran dan sokongan terutamanya kepada pengurusan PERDA & PERDA-TECH dalam merealisasikan kejayaan yang membanggakan ini.
Semoga pencapaian ini menjadi pemangkin semangat untuk terus melakar kecemerlangan, memperkasakan budaya inovasi dan mengharumkan nama PERDA-TECH di persada yang lebih tinggi.
Tahniah warga JTE PERDA-TECH! Teruskan melangkah dengan penuh keyakinan, mencipta inovasi berimpak dan menggapai kejayaan yang lebih gemilang.
GALERI GAMBAR


Soalan Lazim
Aduan & Maklumbalas



