14 Oktober 2026 | George Town
Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (PERDA) telah memainkan peranan utama dalam memperkukuh hubungan mesra serta mempererat hubungan kerjasama strategik bersama rombongan dari Kota Samarahan, Sarawak.
Pertemuan ini bertindak sebagai platform untuk berkongsi bersama pelaksanaan program kecemerlangan akademik PERDA di samping menggalakkan penguasaan bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan, dan Matematik (STEM) menerusi pendekatan program pendidikan yang holistik dan menyeronokkan.
Langkah ini bermatlamat untuk mencetuskan minat murid serta melahirkan modal insan berdaya saing dari peringkat awal persekolahan.
Pihak PERDA merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih atas kunjungan ini serta komitmen yang diberikan oleh seluruh peserta rombongan.
Semoga jalinan mesra dan hubungan kerjasama yang terjalin ini diteruskan demi memacu pembangunan pendidikan generasi muda yang lebih cemerlang pada masa hadapan.
PERDA – Merealisasikan Harapan Rakyat.
GALERI GAMBAR


Soalan Lazim
Aduan & Maklumbalas








