20 Oktober 2026 | Sungai Besar, Selangor
Program Selenggara Elektrik Rumah Impian (SERI) sempena EXPO TVET@KKDW 2026 di Sungai Besar, Selangor, menyerlahkan peranan Jabatan Teknologi Elektrik (JTE), PERDA-TECH dalam menyumbang kepakaran dan kemahiran teknikal bagi pelaksanaan kerja-kerja penyelenggaraan elektrik di rumah penduduk terpilih.
Program ini turut diserikan dengan kehadiran Dato' Haji Mohd Asri bin Baharum@Harun, Pengurus Besar PERDA yang turun padang meninjau rumah-rumah penduduk yang terpilih untuk menerima manfaat daripada inisiatif ini.
Pelaksanaan program ini melibatkan 4 orang tenaga pengajar dan 10 orang pelajar Sijil Teknologi Elektrik JTE PERDA-TECH yang bersama-sama menyumbang tenaga, kepakaran dan kemahiran dalam menjayakan kerja-kerja penyelenggaraan elektrik kediaman.
Penglibatan tenaga pengajar dan pelajar ini bukan sahaja mencerminkan komitmen JTE PERDA-TECH dalam memberikan khidmat bakti kepada masyarakat, malah menjadi platform pembelajaran di luar bilik kuliah untuk pelajar mengaplikasikan ilmu dan kemahiran teknikal dalam situasi sebenar. Pada masa yang sama, inisiatif ini turut membantu meningkatkan aspek keselamatan dan keselesaan kediaman penduduk yang terpilih.
Program ini membuktikan bahawa TVET bukan sekadar melahirkan tenaga kerja berkemahiran, malah menjadi wadah untuk menyumbang kepakaran, membina pengalaman dan memberi manfaat secara langsung kepada komuniti.
Syabas dan tahniah kepada seluruh warga JTE PERDA-TECH, khususnya tenaga pengajar dan para pelajar yang terlibat, atas komitmen serta semangat kerja berpasukan dalam menjayakan program ini.
GALERI GAMBAR


Soalan Lazim
Aduan & Maklumbalas










