PERDA Terima Kunjungan Panel Penilaian Anugerah Pengurusan Aset dan Stor Tahun 2026 KKDW

Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive
 
13 Oktober 2026    |    Butterworth

Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (PERDA) telah menerima kunjungan panel penilai bagi Sesi Penilaian Anugerah Pengurusan Aset dan Stor Tahun 2026 Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) bertempat di Ibu Pejabat PERDA.

Sesi penilaian berkenaan telah diselaraskan oleh Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA) selaku urus setia yang diketuai oleh Pengurus Pentadbiran dan Pengurusan Sumber Manusia KEJORA, Encik Mohd Fakharur Razziy bin Hazran.

Barisan panel penilai yang terlibat merangkumi Encik Muhammad Razif bin Ruba’ai daripada KKDW, Encik Mohd Husnifaisal bin Ramli daripada KESEDAR dan Encik Nor Zaid bin Saedon daripada KEJORA.

Penilaian ini merangkumi aspek pengurusan aset alih, stor serta pengurusan kenderaan jabatan yang melibatkan proses pendaftaran, penyelenggaraan, penggunaan, pemantauan, dan pematuhan terhadap tatacara pengurusan aset kerajaan yang berkuat kuasa.

Sesi penilaian ini bertindak sebagai platform utama dalam menilai tahap kecekapan dan keberkesanan pengurusan aset serta stor PERDA, di samping mengenal pasti ruang penambahbaikan bagi memastikan setiap aset organisasi diurus secara sistematik, teratur, berintegriti, dan optimum.

Penyertaan ini mencerminkan kesungguhan berterusan PERDA dalam memperkukuh tadbir urus aset secara menyeluruh demi menyokong kelancaran operasi dan penyampaian perkhidmatan organisasi.

Semoga penyertaan dalam anugerah ini dapat menyemarakkan lagi budaya kerja berkualiti, meningkatkan akauntabiliti serta memacu kecemerlangan pengurusan aset dan stor secara berterusan.

PERDA – Merealisasikan Harapan Rakyat.
 
GALERI GAMBAR

AKTIVITI 2026

Penafian : PERDA tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kehilangan data atau kerugian yang berlaku disebabkan penggunaan laman web ini.

Hak Cipta Terpelihara © PERDA 2026 / Paparan terbaik menggunakan pelayar internet Mozilla Firefox, Chrome dan Internet Explorer 11 ke atas.