24 Oktober 2026 | Tasek Gelugor
Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (PERDA) menerusi anak syarikatnya, PERDA Ventures Incorporated Sdn. Bhd. (PVISB) dengan kerjasama PasTech Engineering Sdn. Bhd. telah menyempurnakan Majlis Penyerahan 127 Unit Rumah Mutiaraku Jenis A Projek Rumah Pangsa Ara Suria kepada pihak Lembaga Perumahan Negeri Pulau Pinang (LPNPP) bertempat di tapak pembangunan Taman Ara Suria, Ara Kuda, Seberang Perai Utara.
Majlis penyerahan bersejarah ini telah dihadiri oleh EXCO Pembangunan Luar Bandar, Agroteknologi & Keterjaminan Makanan dan Keusahawanan Pulau Pinang merangkap Timbalan Pengerusi PERDA, YB Dato' Haji Rashidi bin Zinol; Pengurus Besar PERDA, YBhg. Dato' Haji Mohd Asri bin Baharum @ Harun; serta Ketua Pegawai Eksekutif LPNPP, YBrs. Tuan Khairulnizam bin Hashim.
Menerusi inisiatif penyerahan ini, sebanyak 127 unit kediaman Rumah Mutiaraku Jenis A yang ditempatkan dalam satu blok rumah pangsa kos rendah 15 tingkat diserahkan secara rasmi kepada LPNPP.
Setiap unit kediaman berkeluasan 650 kaki persegi ini ditawarkan pada harga mampu milik RM42,000.00 seunit bagi memberi peluang pemilikan rumah yang selesa dan berkualiti kepada golongan sasaran.
Pembangunan projek Taman Ara Suria yang dibangunkan di atas tanah seluas 41.6407 ekar ini telah mula dilaksanakan pada 26 April 2022 dan berjaya disiapkan sepenuhnya (100% siap) sehingga memperoleh Sijil Perakuan Siap dan Pematuhan (CCC) pada 26 Jun 2025 dengan Nilai Kasar Pembangunan (GDV) keseluruhan berjumlah RM129,440,000.00.
Pihak PERDA sentiasa komited dalam memacu pembangunan sosioekonomi yang inklusif serta menyediakan kediaman mampu milik yang mampan demi kesejahteraan dan kemakmuran rakyat di negeri Pulau Pinang.
PERDA – Merealisasikan Harapan Rakyat.
GALERI GAMBAR


Soalan Lazim
Aduan & Maklumbalas












