Perasmian Ekspo TVET@KKDW 2026 dan Pemeteraian MoU antara PERDA-TECH, Advansia Sdn. Bhd. dan GOTT Sdn. Bhd.

Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive
 
25 Oktober 2026    |    Sabak Bernam, Selangor

Ekspo TVET@KKDW 2026 telah disempurnakan perasmiannya oleh YAB Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah.

Majlis tersebut turut menyaksikan pemeteraian Memorandum Persefahaman (MoU) antara Institut Kemahiran Tinggi PERDA (PERDA-TECH) yang diwakili oleh YBhg. Dato' Haji Mohd Asri bin Baharum @ Harun, Pengurus Besar PERDA, bersama Advansia Sdn. Bhd. dan GOTT Sdn. Bhd.

Kerjasama strategik ini bertujuan memperkukuh pembangunan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET), khususnya dalam bidang teknologi pertanian, di samping memperluas jaringan kerjasama pendidikan, latihan dan industri.

Dalam majlis yang sama, YAB Timbalan Perdana Menteri turut meluangkan masa meninjau peringkat akhir pertandingan dron serta hasil pameran inovasi yang diketengahkan sepanjang ekspo berlangsung.

Pemeteraian MoU ini diharapkan dapat membuka lebih banyak peluang kerjasama antara PERDA-TECH dengan pihak industri, sekali gus menyokong pembangunan kemahiran dan meningkatkan kebolehpasaran graduan TVET.

GALERI GAMBAR

AKTIVITI 2026

Penafian : PERDA tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kehilangan data atau kerugian yang berlaku disebabkan penggunaan laman web ini.

Hak Cipta Terpelihara © PERDA 2026 / Paparan terbaik menggunakan pelayar internet Mozilla Firefox, Chrome dan Internet Explorer 11 ke atas.