Pengurus Besar PERDA Santuni Reruai PERDA-TECH di Ekspo TVET@KKDW 2026

Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive
 
25 Oktober 2026    |    Sabak Bernam, Selangor

Reruai Institut Kemahiran Tinggi PERDA (PERDA-TECH) di Ekspo TVET@KKDW 2026 telah menerima kunjungan daripada YBhg. Dato' Haji Mohd Asri bin Baharum @ Harun, Pengurus Besar Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (PERDA).

Semasa kunjungan tersebut, beliau berkesempatan mencuba aktiviti go-kart serta meninjau kawasan pertandingan arca, inovasi dan fesyen yang berlangsung sepanjang program.

Turut hadir memeriahkan reruai PERDA-TECH ialah Puan Hajah Afifah binti Haji Omar, Pengurus Besar Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA), bersama wakil syarikat yang menjalinkan kerjasama strategik dengan PERDA-TECH.

Kunjungan ini mencerminkan sokongan berterusan pihak pengurusan terhadap usaha PERDA-TECH dalam mengetengahkan kreativiti, inovasi dan kemahiran pelajar, di samping memperkukuh hubungan kerjasama dengan pelbagai pihak.

GALERI GAMBAR

AKTIVITI 2026

Penafian : PERDA tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kehilangan data atau kerugian yang berlaku disebabkan penggunaan laman web ini.

Hak Cipta Terpelihara © PERDA 2026 / Paparan terbaik menggunakan pelayar internet Mozilla Firefox, Chrome dan Internet Explorer 11 ke atas.