Kunjung Hormat PERDA Ke Agrobank: Teroka Kerjasama Strategik Perkasa Sosioekonomi Golongan Sasar

Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive
 
27 Oktober 2026    |    Kuala Lumpur

Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (PERDA) telah mengadakan satu sesi kunjungan hormat ke Agrobank bagi membincangkan inisiatif kerjasama dua hala.

Kunjungan hormat ini dilaksanakan bertujuan untuk meneroka peluang kerjasama strategik antara kedua-dua pihak dalam usaha memperkasa dan menyokong pembangunan sosioekonomi golongan sasar PERDA.

Sesi pertemuan ini membuka ruang pertukaran pandangan ke arah penyelarasan program bantuan, kemudahan pembiayaan serta sokongan keusahawanan yang lebih bersasar.

Diharapkan jalinan kerjasama strategik yang dirangka ini dapat membuka lebih banyak ruang dan peluang baharu dalam meningkatkan taraf hidup, memperkukuh kestabilan ekonomi serta memastikan kesejahteraan berterusan buat golongan sasar PERDA.

PERDA – Merealisasikan Harapan Rakyat.
GALERI GAMBAR

AKTIVITI 2026

Penafian : PERDA tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kehilangan data atau kerugian yang berlaku disebabkan penggunaan laman web ini.

Hak Cipta Terpelihara © PERDA 2026 / Paparan terbaik menggunakan pelayar internet Mozilla Firefox, Chrome dan Internet Explorer 11 ke atas.