27 Oktober 2026 | Kuala Lumpur
Pengurus Besar Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (PERDA), YBhg. Dato' Haji Mohd Asri Baharum @ Harun telah hadir sebagai tetamu jemputan bagi sesi temu bual eksklusif siaran BERNAMA Radio dalam segmen Fokus 30 bertempat di Wisma BERNAMA, Kuala Lumpur hari ini.
Menerusi sesi temu bual bertajuk "Jom Masuk PERDA-TECH, Belia B40 Anda Keutamaan Kami", YBhg. Dato' Pengurus Besar telah berkongsi secara terperinci mengenai peranan Institut Kemahiran Tinggi PERDA (PERDA-TECH) dalam memperkasakan pendidikan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET).
Perkongsian ini memberi tumpuan khusus terhadap penawaran kursus-kursus berimpak tinggi, kemudahan pembiayaan pengajian, latihan praktikal industri, serta inisiatif PERDA dalam memastikan kebolehpasaran graduan teknikal, khususnya daripada kalangan keluarga berpendapatan rendah (B40) di Pulau Pinang dan seluruh negara.
Platform siaran radio nasional ini bertindak sebagai medium strategik bagi menyebarluaskan maklumat berkaitan peluang membina kerjaya berkemahiran tinggi kepada anak-anak muda, sekali gus menyokong hasrat kerajaan dalam mentransformasikan modal insan desa ke arah kemajuan berdaya saing.
PERDA merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada pihak pengurusan serta warga kerja BERNAMA Radio atas ruang kerjasama dan peluang siaran yang diberikan.
PERDA – Merealisasikan Harapan Rakyat.
GALERI GAMBAR


Soalan Lazim
Aduan & Maklumbalas




