Reruai AKRAB PERDA Tarik Perhatian Lebih 100 Pengunjung di Simposium Psikologi dan AKRAB KKDW 2026

Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive
 
22 Oktober 2026    |    PUTRAJAYA

AKRAB PERDA terus komited memperkasakan kesejahteraan mental warga kerja menerusi penyertaan aktif dalam Simposium Psikologi dan AKRAB Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) 2026 yang berlangsung di Dewan Seri Lestari, KKDW.

Bertemakan “Why AI? Why Not You: AI Menjawab, Insan Memahami”, simposium anjuran Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (BPSM) KKDW ini memberi pendedahan mengenai peranan kecerdasan buatan (AI) dalam dunia pekerjaan sambil mengekalkan nilai kemanusiaan dan empati dalam sokongan psikologi di tempat kerja.

Seramai 12 ahli AKRAB PERDA telah menyertai program ini yang menghimpunkan pelbagai sesi perkongsian ilmu oleh pakar psikologi dan kesihatan mental. Selain menghadiri simposium, AKRAB PERDA turut mengambil bahagian dalam Pertandingan Reruai AKRAB melibatkan jabatan dan agensi di bawah KKDW.

Reruai AKRAB PERDA berjaya menarik lebih 100 pengunjung menerusi pelbagai aktiviti interaktif serta perkongsian mengenai inisiatif bimbingan dan sokongan psikologi yang dilaksanakan di PERDA. Reruai tersebut turut menerima kunjungan Ketua Setiausaha KKDW, YBhg. Dato’ Sri Suriani binti Dato’ Ahmad, selepas majlis perasmian simposium dan peluncuran Pelan Strategik AKRAB 2026–2030.

Penyertaan ini diharapkan dapat memperkukuh peranan AKRAB PERDA dalam memperkasa kesejahteraan psikologi warga organisasi serta menyokong pembentukan persekitaran kerja yang positif, harmoni dan berdaya tahan.
GALERI GAMBAR

AKTIVITI 2026

Penafian : PERDA tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kehilangan data atau kerugian yang berlaku disebabkan penggunaan laman web ini.

Hak Cipta Terpelihara © PERDA 2026 / Paparan terbaik menggunakan pelayar internet Mozilla Firefox, Chrome dan Internet Explorer 11 ke atas.