29 Oktober 2026 | Permatang Pauh
Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (PERDA) telah menganjurkan Sesi Temu Mesra Bersama Penyewa Premis bertempat di PERDA Space & Sport Arena (PESSA) hari ini.
Sesi pertemuan ini dianjurkan sebagai medan interaksi dua hala antara pihak pengurusan PERDA dengan para penyewa dan pengusaha premis di PESSA. Inisiatif ini bertujuan mendengar pandangan, bertukar maklum balas, serta membincangkan ruang penambahbaikan bagi memastikan pengurusan fasiliti dan ekosistem perniagaan di kompleks sukan dan komersial tersebut kekal kondusif, teratur dan berdaya saing.
Pihak PERDA sentiasa komited dalam menyokong kelangsungan dan perkembangan operasi para penyewa premis komersial di bawah seliaannya demi merancakkan aktiviti sosioekonomi setempat serta memberikan kemudahan terbaik kepada komuniti sekitar.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua penyewa premis yang hadir dan memberikan kerjasama padu dalam menjayakan sesi ini.
PERDA – Merealisasikan Harapan Rakyat.
GALERI GAMBAR


Soalan Lazim
Aduan & Maklumbalas




