PERDA Santuni Lawatan Ilmiah Air Selangor Wilayah Kuala Langat di Projek Agrotourism Labuh Banting, Perkukuh Ukhuwah Melalui Aksi Bola Sepak

Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive
 
31 Oktober 2026    |    Tasek Gelugor

Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (PERDA) telah menerima kunjungan seramai 36 orang pegawai Air Selangor Wilayah Kuala Langat bersama ahli keluarga sempena sesi lawatan ilmiah ke Projek Agrotourism Labuh Banting, Tasek Gelugor.

Lawatan ini menjadi medan perkongsian ilmu buat para peserta untuk meneroka potensi dan mempelajari pelbagai pakej agropelancongan menarik yang ditawarkan di fasiliti tersebut, di samping menikmati keindahan alam semula jadi bersama keluarga tercinta.

Mengukuhkan lagi ikatan silaturahim antara kedua-dua organisasi, satu perlawanan bola sepak persahabatan antara PERDA dan Air Selangor Wilayah Kuala Langat telah berlangsung meriah pada sebelah malam, menyaksikan semangat kesukanan tinggi yang ditampilkan oleh kedua-dua pasukan.

Pihak PERDA merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada seluruh delegasi Air Selangor Wilayah Kuala Langat atas kunjungan ini, serta keprihatinan Kelab Sukan dan Kebajikan Kakitangan PERDA (KSKKP) yang telah bertungkus-lumus membantu menjayakan penganjuran perlawanan persahabatan tersebut.

PERDA – Merealisasikan Harapan Rakyat.
GALERI GAMBAR

AKTIVITI 2026

Penafian : PERDA tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kehilangan data atau kerugian yang berlaku disebabkan penggunaan laman web ini.

Hak Cipta Terpelihara © PERDA 2026 / Paparan terbaik menggunakan pelayar internet Mozilla Firefox, Chrome dan Internet Explorer 11 ke atas.