Inovasi MindSignal: Ke Arah Keselamatan Kanak-Kanak Dalam Kenderaan

Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive
 
4 November 2026    |    Seberang Jaya

Sesi pembentangan dan penilaian produk inovasi MindSignal – Sistem Pengesanan Kehadiran Kanak-Kanak dan Amaran Pintar, hasil pembangunan dan kolaborasi kepakaran antara Jabatan Kejuruteraan Pertanian dan Jabatan Pengajian Am, PERDA-TECH, telah diadakan bersama pihak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Pulau Pinang.

Sesi ini menjadi platform mendapatkan pandangan dan maklum balas teknikal, di samping meneroka potensi jalinan kerjasama strategik bersama JPJ dalam aspek pengujian, penambahbaikan dan pembangunan inovasi keselamatan automotif.

Setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak JPJ Negeri Pulau Pinang atas kesudian menerima kunjungan dan berkongsi kepakaran dalam usaha memperkasakan inovasi TVET yang berimpak kepada kesejahteraan masyarakat.
GALERI GAMBAR

AKTIVITI 2026

Penafian : PERDA tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kehilangan data atau kerugian yang berlaku disebabkan penggunaan laman web ini.

Hak Cipta Terpelihara © PERDA 2026 / Paparan terbaik menggunakan pelayar internet Mozilla Firefox, Chrome dan Internet Explorer 11 ke atas.