PERDA Perkukuh Integriti Organisasi Menerusi Program Bicara Ilmu Dan Bacaan Ikrar Bebas Rasuah (IBR) Sempena Sambutan Bulan Integriti PERDA Tahun 2026

Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive
 
13 November 2026    |    Butterworth

Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (PERDA) terus komited dalam memartabatkan tadbir urus yang telus dan pembudayaan integriti menerusi penganjuran Program Bicara Ilmu dan Bacaan Ikrar Bebas Rasuah (IBR) yang berlangsung di Dewan Mutiara Gemilang, Ibu Pejabat PERDA, hari ini.

Program yang diadakan adalah bersempena Sambutan Bulan Integriti Nasional 2026 dengan tema ‘Integriti Kita, Nilai Kita’.

Program dimulakan dengan sesi Bicara Ilmu bertajuk Rasuah bukan sekadar duit: Kenali Wajah Sebenar Rasuah yang disampaikan oleh Penolong Penguasa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Pulau Pinang, Tuan Mazlan bin Haja Maideen. Sesi perkongsian ini dirangka khusus untuk warga PERDA menerusi dua fokus utama, iaitu meningkatkan kesedaran dan kefahaman serta memperkasa pendidikan pencegahan melalui ilmu.

Kemuncak program menyaksikan acara Bacaan Ikrar Bebas Rasuah (IBR) yang diketuai oleh Pengurus Besar PERDA, Dato' Haji Mohd Asri bin Baharum @ Harun bersama seluruh warga PERDA sebagai tanda komitmen teguh barisan pengurusan tertinggi dan kakitangan dalam menjauhi amalan rasuah serta salah guna kuasa.

Upacara menandatangani dan lafaz ikrar yang diperkenalkan oleh SPRM ini turut disaksikan oleh Ketua Cawangan Pendidikan Masyarakat, SPRM Pulau Pinang, Puan Geetha a/p Ayaoo.

Penganjuran program selari dengan semangat ‘Integriti Kita, Nilai Kita’ ini diharapkan dapat menjadi pemangkin kepada seluruh warga PERDA untuk terus berkhidmat dengan penuh amanah dan dedikasi demi kesejahteraan masyarakat luar bandar di Pulau Pinang.
 
GALERI GAMBAR

AKTIVITI 2026

Penafian : PERDA tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kehilangan data atau kerugian yang berlaku disebabkan penggunaan laman web ini.

Hak Cipta Terpelihara © PERDA 2026 / Paparan terbaik menggunakan pelayar internet Mozilla Firefox, Chrome dan Internet Explorer 11 ke atas.